T 'n' C


TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN 
THE ZALI'S PHOTOWORKS
(DAUSAIN PHOTOGRAPHY CT0051054-P)

Pemakluman:-
i)              Ini adalah dokumen terma dan syarat yang perlu dibaca dan difahami oleh semua bakal pelanggan kami.
ii)             Ia adalah memorandum persefahaman antara jurugambar di bawah syarikat yang berdaftar Dausain Photography (CT0051054-P) dan juga pelanggan.
iii)        Anda adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat ini sebelum mempersetujui ikatan perkhidmatan dengan kami.
iv)      Pembayaran deposit yang dibuat oleh pelanggan adalah bukti pelanggan telah membaca serta memahami terma dan syarat perkhidmatan syarikat kami dan kami berhak untuk menguatkuasakan terma dan syarat ini seperti yang tertulis di setiap halaman bercetak ini.


PERKARA 1.     JURUGAMBAR

1.1   Jurugambar adalah merujuk kepada jurugambar yang dilantik oleh Dausain’s Photography untuk menjadi jurugambar rasmi pada majlis yang telah dipersetujui bersama.
1.2   Dausain Photography terdiri daripada dua(2) Jurugambar iaitu Mohamad Firdaus Mohamed Rodzali, dan Muhammad Fharhan Mohamed Rodzali serta ketersediaan Jurugambar  utama adalah berdasarkan pada first-come-first-serve basis.
1.3   Sekiranya pada hari majlis tersebut jurugambar yang dilantik tidak dapat hadir kerana sebab-sebab diluar kawalan seperti kecemasan, sakit atau sebagainya; jurugambar terbaik akan dilantik seterusnya akan ditugaskan untuk menggantikan jurugambar tersebut.

PERKARA 2.     PELANGGAN

2.1   Pelanggan adalah merujuk kepada pihak yang melantik kami sebagai jurugambar untuk sesuatu majlis. Jika pakej fotografi ditaja oleh pihak tertentu maka penaja secara automatik akan menjadi pelanggan kepada perkhidmatan kami.
2.2   Pihak pelanggan adalah bertanggungjawab untuk memberikan informasi yang secukupnya untuk sesuatu majlis seperti waktu, tarikh, alamat lengkap lokasi, peta lokasi, nombor telefon dan sebagainya yang dirasakan perlu untuk sesuatu majlis.
2.3   Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan lokasi majlis dan juga subjek berada dalam keadaan yang memuaskan untuk fotografi.
2.4   Jurugambar tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kekurangan pada gambar akibat keadaan kurang memuaskan di lokasi seperti latarbelakang yang kurang memuaskan, pencahayaan yang tidak baik, solekan yang kurang baik dan lain-lain kekurangan yang boleh memberi kesan negatif pada fotografi. Namun begitu jurugambar akan berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan foto terbaik di dalam pelbagai keadaan.

PERKARA 3.     PERKHIDMATAN FOTOGRAFI

3.1   Sebelum tempahan dibuat kami akan serahkan satu salinan terma dan syarat ini sekiranya pelanggan telah membuat bayaran deposit itu bermaksud pelanggan telah bersetuju dengan terma dan syarat perkhidmatan kami. 
3.2  Perkhidmatan fotografi kami adalah berdasarkan kepada pakej yang telah dipersetujui bersama.
3.3  Tempoh masa perkhidmatan adalah bergantung kepada pakej perkhidmatan dan waktu yang telah dipersetujui.
3.4  Caj tambahan akan dikenakan sekiranya terdapat sebarang perkhidmatan tambahan yang diminta diluar daripada pakej yang telah pun dipersetujui.

PERKARA 4.     SUNTINGAN, POST PRODUKSI, REKABENTUK DAN KREATIVITI

Terma suntingan dalam perkhidmatan kami adalah termasuk dan terhad kepada perkara-perkara berikut:

4.1   Suntingan pada imej-imej terpilih yang meliputi pelarasan dan pengubahsuaian warna dan juga pemotongan dan pengubahsuaian saiz imej.
4.2   Kami juga melakukan peningkatan dan pengubahan asas pada imej yang terdiri dari aras kecerahan, hue & saturation, curve serta contrast.
4.3   Pengubahan tona warna adalah termasuk penggunaan kesan seperti vintage, hitam putih serta kesan retro.
4.4   Walaupun kami berusaha untuk menghasilkan foto yang terbaik bagi anda tetapi pihak kami tidak melakukan manipulasi dan suntingan berlebihan seperti super impose,suntingan bagi menghasilkan imej seperti poster mahupun majalah, mengubah imej asal kepada hasil yang berbeza sama sekali, mengubah fizikal semulajadi anggota atau wajah subjek di dalam imej serta mengubah rupa paras, rupa kulit dan juga solekan.
4.5   Adalah bukan menjadi amalan kami untuk berunding dengan pelanggan sebelum melakukan penyuntingan. Segala suntingan dilakukan dengan berasaskan pada pengalaman luas dan kepakaran kami dan juga mengikut kesesuaian sesuatu imej.
4.6   Kami akan menghasilkan rekabentuk album menggunakan kreativiti kami sepenuhnya. Ini adalah berasaskan kepada kebebasan kreativiti dan pihak kami amat menghargai bahawa pihak pelanggan  menghormati kebebasan tersebut bagi menghasilkan produk terbaik.
4.7   Kami akan  memilih imej dan membuat rekabentuk keseluruhan album mengikut apa yang kami rasakan sesuai. Oleh itu adalah tidak menjadi amalan kami untuk berunding terlebih dulu dengan pelanggan sebelum memilih imej dan merekabentuk album.
4.8   Namun begitu pihak kami membenarkan pelanggan membuat pemilihan imej yang ingin dimasukkan ke dalam album sekiranya pelanggan ingin berbuat demikian.

PERKARA 5.     TERMA PEMBAYARAN

5.1    Pihak kami akan menerangkan semua perkara yang berkaitan dengan pakej foto yang kami sediakan bersekali dengan harganya dan setelah penerangan dibuat salinan terma dan syarat akan di hantar kepada pelanggan menerusi medium whatsapp/email/fb dan sebagainya. Oleh itu pembayaran deposit adalah bukti bahawa pelanggan jelas dengan terma dan syarat kami.
5.2   Pembayaran deposit minima RM 200.00 dari jumlah harga keseluruhan pakej perlu dijelaskan untuk pengesahan tempahan pakej fotografi. Pihak kami akan hanya membuat blocking pada kalender kami sebaik bayaran deposit ini dijelaskan. Jumlah deposit ini adalah sama pada semua pakej kami.
5.3   Pembayaran deposit tempahan adalah non-refundable sekiranya pihak pelanggan membatalkan tempahan mereka walau atas apa sebab sekalipun.
5.4  Pembayaran Penuh perlu dijelaskan pada hari majlis ataupun selewat-lewatnya dalam masa seminggu selepas majlis berakhir. Sebarang proses suntingan HANYA akan dimulakan setelah kami menerima bayaran penuh. Kegagalan menjelaskan bayaran tersebut akan menyebabkan kelewatan pada proses suntingan dan juga kerja-kerja penyediaan album. Pihak kami juga berhak untuk tidak menyerahkan atau melepaskan atau menyiarkan sebarang bentuk softcopy imej jika pelanggan tidak menjelaskan bayaran penuh berdasarkan pakej yang telah dipersetujui.
5.5   Bagi pelanggan dari luar daerah Kuantan, bayaran luar kawasan yang terdiri dari caj perjalanan akan dikenakan. Caj  penginapan juga akan dikenakan sekiranya ada keperluan bermalam. Caj ini adalah bergantung pada kadar semasa petrol, tol serta caj penginapan. Adalah menjadi tanggungjawab pelanggan untuk memberi maklumat lokasi yang tepat bagi membolehkan pengiraan caj yang betul. Jurugambar berhak untuk mengenakan bayaran tambahan dari yang telah dipersetujui sekiranya pelanggan tidak memberikan maklumat tepat berkenaan lokasi.
5.6   Pembayaran boleh dibuat melalui bank transfer, tunai, direct debit atau pun dengan cek sahaja.
5.7   Bagi pembayaran melalui bank transfer ataupun direct debit sila simpan slip bayaran sebagai bukti pembayaran. Tiada resit akan dikeluarkan bagi pembayaran jenis ini kecuali diminta oleh pelanggan. Bagi pembayaran tunai resit rasmi akan dikeluarkan serta merta. Pembayaran melalui cek pula resit rasmi hanya akan dikeluarkan setelah cek tersebut berjaya ditunaikan.

PERKARA 6.     PENYERAHAN DAN PENGAMBILAN PRODUK

6.1   Tempoh biasa kami menyiapkan produk adalah antara 2 bulan hingga 3 bulan. Namun begitu tempoh ini adalah bergantung pada keadaan semasa. Bagi majlis yang berlangsung dalam tempoh puncak seperti cuti sekolah atau hujung tahun, tempoh menyiapkan produk mungkin menjadi lebih lama. Kami akan memaklumkan kepada pelanggan sekiranya terdapat kelewatan.
6.2   Sebagaimana tercatat di dalam para 5.4 pihak kami berhak untuk tidak menyiapkan, melewatkan proses atau atau tidak menyerahkan produk sekiranya bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.
6.3   Kami akan memaklumkan kepada pelanggan apabila produk telah siap untuk pengambilan. Adalah menjadi tanggungjawab pelanggan untuk mengambil sendiri produk yang telah siap di lokasi kami. Namun begitu kami sedia mempertimbangkan untuk menghantar produk ke lokasi berdekatan pada waktu yang bersesuaian dan telah dipersetujui.
6.4   Kami juga bersedia untuk menghantar produk melalui courier. Namun begitu segala caj pembungkusan dan penghantaran perlu dijelaskan oleh pelanggan terlebih dahulu.
6.5   Bagi penghantaran melalui courier pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan.
6.6   Sekiranya pelanggan tidak mengambil produk tersebut dalam tempoh  tiga (3) bulan dari tarikh dimaklumkan pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan produk tersebut atas sebarang sebab sekalipun.

PERKARA 7.     JAMINAN

7.1   Kami memberi jaminan dua(2) bulan dari tempoh siap bagi produk-produk seperti VCD; album dan isinya; dan frame beserta gambar.
7.2   Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kerosakan yang disebabkan oleh pelanggan atau pun kerosakan bagi produk yang dihantar melalui courier.
7.3   Kami juga tidak akan bertanggungjawab keatas kerosakan bagi produk yang tidak diambil dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh dimaklumkan.

PERKARA 8.     LAIN-LAIN TERMA

8.1   Bagi sebarang sebutharga yang dikeluarkan tempoh sah laku adalah 21 hari dari tarikh ianya dikeluarkan.
8.2  Kami berhak untuk menyiarkan sebarang imej melalui laman sesawang, laman sosial, blog dan juga percetakan untuk tujuan promosi, pengiklanan dan juga pemasaran.
8.3 Persetujuan kepada Terma dan syarat ini layak menjadi bukti kepada sebarang permasalahan yang timbul pada masa akan datang.


Sekian, dimaklumkan. Wassalam